Sunday, July 31, 2005

Edisi Khas - Nostalgia KT2



Tetiba sahaja pada dingin dinihari ini, aku terkenangkan Band lamaku; Kugiran Tepi Tembok (KT2). Original line-up adalah aku/Aboi Balang (Gitar), Julia (Gitar), Potet (Vokal), Duang (Bass) dan Raff (Drum). Tapi selalu gak kitorang 'jamming' tanpa Raff. Mungkin sebab dia 'junior' kitorang kat Uni10, so susah sket nak jumpa dia sbb timetable tak sama. Masa tu main import jer pemain drum tak pun Julia ler yang jadi mangsa.

Tersemat kat dalam hati aku ni nak aktif balik KT2 main Rock music tapi apakan daya, banyak juga rintangannya. Julia kat Pasir Gudang tak tau ler apa cerita, Duang bahagia di sisi isteri tercinta, Raff aku tak tau langsung (100% lost contact), Potet macam dah tawar hati. Nampak gayanya kena la cari line-up baru. Sukar jugak tu! Hmmmm....

Oleh yang demikian, aku akan teruskan usaha mencari dan menambah partner2 jamming sebab aku dah rindu sangat nak masuk studio. Last time aku ingat la, aku jamming bertiga je dengan Potet dan Ayyub. Punya la sangap sebab kalau ada bass takde drum, dan sebaliknye.


Di hari-hari yang mendatang ini, jalan keselesaan kulihat semakin kabur. Dari jalan-jalan kabur itu, aku hanya dapat melihat mereka berlari semakin jauh.