Saturday, November 05, 2005

Selamat Hari Raya!



Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua muslimin & muslimat. Yg kafir pon kalo nak celebrate skali apa salahnya. Kita kat Malaysia kan multi-racial. Raya tahun ni disambut dgn sederhana. Aku cuma mampu call satu-satunya nenek aku yg skang ni berada kat Singapore (Selamat Hari Raya Baba! Sampaikan salam kat Ummi Shazy dan semua saudara di sana). Takde duit la nak gi sana.

Aku cuma dapat ziarah sanak saudara di Johor untuk seketika. Sori beb aku tak dapat nak stay lama. Ramai jugak la mereka-mereka yg di sana yg aku dah tak berapa kenal. Nampak sangat lama tak jumpa.

Kepada kawan-kawan, aku nak mintak mahap la kalo korang ada terasa ati dengan aku. Aku juga manusia biasa, kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita menyinggung yang lain. Aktiviti terancang lepas ni? ah haaa.... Maira nak buat Open House Sabtu depan. Jom kita rempuh rumah dia ramai-ramai. Hehehehe... Sori Maiya, terbuat iklan plak kat sini. Hehehe.

Ok geng. Sehingga ketemu lagi.

Salam Aidilfitri.
Aboi Balang a.k.a Sas Almakki a.k.a Shakeeb a.k.a Albalang

0 Comments:

Post a Comment

<< Home